Cadangan Pengendalian KR1M Dibuka Kepada Orang Ramai Dibawa Ke Kabinet - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mencadangkan kepada Kabinet supaya pengendalian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibuka kepada orang ramai.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan itu dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai termasuk pengusaha kedai runcit untuk mengendalikan sendiri kedai itu tanpa penglibatan Mydin sebagai pihak pengurusan.

"Setakat ini peringkat jawatankuasa telah bersetuju dengan cadangan itu tetapi kita akan bincang dalam mesyuarat Kabinet esok untuk dapatkan kelulusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M kelima di Wangsa Maju di sini, Khamis.

Ismail Sabri berkata orang ramai yang ingin mengendalikan KR1M mempunyai pilihan sama ada untuk menjual produk KR1M dan menggunakan nama mereka atau mengusahakan KR1M seperti biasa.

Beliau berkata KPDNKK sedang mengkaji syarat dan terma bagi memastikan polisi KR1M tidak terjejas.

"Kita tak nak nanti dari segi pengurusan, rupa bentuk, dalaman berbeza-beza kerana kalau boleh kita mahu seragam seperti francais tetapi kita tidak boleh francaiskan KR1M kerana margin keuntungannya rendah, jadi mungkin konsepnya sahaja seperti francais.

"Para pengusaha mesti ikut syarat yang ditetapkan dan saya juga sedang berbincang dengan Mydin tentang itu," katanya.

Ismail Sabri berkata penglibatan orang ramai dalam perusahaan KR1M itu juga mampu menafikan tuduhan daripada pihak-pihak tertentu yang menyatakan KR1M dimonopoli oleh Mydin semata-mata. "Tuduhan itu tidak betul kerana kerajaan sentiasa merancang supaya semua pihak boleh terlibat sama dan seperti apa yang pernah saya umumkan sebelum ini bahawa kita galakkan kedai-kedai runcit lain untuk menjual produk KR1M.

"Melalui perjumpaan dengan pengusaha stesen minyak juga KPDNKK telah mendapat respon yang positif apabila mereka bersetuju untuk menjual produk KR1M di kedai stesen minyak mereka," katanya.

Ismail Sabri berkata sebelum ini Mydin diberi tanggungjawab pentadbir KR1M serta membuka 20 cawangan baru KR1M pada tahun ini dan 60 pada tahun hadapan termasuk Sabah dan Sarawak. Mengenai harga ayam, beliau berkata KPDNKK telah mengeluarkan 84 notis kepada penternak, pemborong dan peruncit ayam yang telah menaikkan harga ayam tanpa sebarang sebab.

"Notis tunjuk sebab ini dikeluarkan sejak 8 Oktober lepas bertujuan untuk mengawal kenaikan harga ayam sekaligus mendapatkan penjelasan berhubung punca kenaikan.

"Kalau mereka boleh beri jawapan yang memuaskan kita terima dan kalau tidak kita akan serahkan kepada pihak pendakwaraya untuk tindakan... saya minta agar pengguna memainkan peranan mereka dalam melindungi hak mereka dan jangan terlalu bergantung kepada pasukan kami," katanya.

Beliau berkata sebarang maklumat berhubung kenaikan harga barangan boleh disalurkan melalui talian 1800 886 800. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan