BET Catat penggunaan Lebih 2,500 Penumpang Sehari - Kong Cho Ha

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lapan laluan perkhidmatan Bus Ekspressway Transit (BET) mencatat penggunaan 2,564 penumpang sehari sejak dilancarkan 1 Julai lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata BET yang beroperasi sepenuhnya Ogos lepas menunjukkan peningkatan bilangan penumpang menggalakkan sejak dilancarkan. "Kita lihat BET8 (laluan Semenyih-Pasar Seni) saja penggunaannya meningkat dari purata 59 penumpang sehari pada Julai lepas kepada 214 penumpang pada Ogos lalu," katanya kepada pemberita di Hentian LRT Pasar Seni di sini, Khamis. Selain BET8, tujuh lagi laluan BET ialah Kota Damansara-Pasar Seni, Sungai Long-Pasar Seni, Subang Mewah-Pasar Seni, Taman Sri Muda-Pasar Seni, Rawang-Pasar Seni, Bukit Beruntung-Pasar Seni dan Sri Nilam-KLCC.

Kong sebelum itu menaiki bas RapidKL pada kira-kira 6.30 pagi melalui laluan BET8 dari Semenyih ke Pasar Seni.

Program BET merupakan salah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar merangkumi perkhidmatan bas henti-henti dengan tempat hentian terhad dan menggunakan lebuh raya yang kurang digunakan.

Mengulas mengenai projek pembinaan Hentian Akhir Bandar (HAB), Kong berkata pembinaan empat HAB di kawasan Pasar Seni yang bermula 31 Mei lepas dijangka siap pada 25 Mac tahun depan.

Beliau berkata empat HAB yang menelan belanja kira-kira RM9.5 juta itu bakal mempunyai kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) dan kemudahan awam seperti surau dan tandas bagi memberikan keselesaan kepada pengguna. "Melalui perlaksanaan BET dan HAB serta inisiatif lain di bawah NKRA maka hasrat kerajaan dan kementerian meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang pada waktu puncak, akan meningkat kepada 25 peratus menjelang 2015," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan