Atlet Pelapis Boling Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet pelapis boling kebangsaan Khoo Beng Khai meninggal dunia selepas mengalami kegagalan jantung ketika menaiki kereta bersama rakannya di kawasan tempat letak kereta Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, awal Khamis.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata Khoo, yang berusia 20 tahun itu, pengsan secara tiba-tiba pada pukul 11.45 malam tadi ketika rakannya sedang meletakkan kereta di kawasan itu selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran berhampiran.

"Saya difahamkan Khoo baru sahaja selesai makan malam di restoran berhampiran bersama empat lagi rakan atlet boling lain.

"Ketika kejadian, rakannya panik apabila mendapati Khoo tidak sedarkan diri lalu menarik brek tangan kereta untuk mengelak kemalangan sebelum menghubungi ambulans," kata Zolkples kepada pemberita di Hospital Serdang.

Katanya petugas ambulans yang tiba di tempat kejadian memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) sebelum Khoo dikejarkan ke Hospital Serdang.

Bagaimanapun, Khoo disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 1.15 pagi ini.

Zolkples berkata mendiang sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda gangguan kesihatan dengan laporan pemeriksaan kesihatan yang dibuat dua bulan lepas adalah baik. "Kematian Khoo adalah satu kehilangan besar buat sukan boling. Beliau merupakan seorang atlet yang tidak mudah mengaku kalah dan berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi," katanya. Setiausaha Kehormat Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Sidney Tung berkata mayat mendiang akan dibawa pulang ke Pulau Pinang hari ini sebelum majlis pengebumian pada Sabtu ini. Khoo, anak bongsu daripada tiga beradik, mula menyertai program pelapis boling kebangsaan sejak Januari 2009.

Mendiang pernah menjuarai acara remaja terbuka pada Kejohanan Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon Mac lalu serta Kejohanan All Stars Junior Antarabangsa MILO ke-11 tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan