Tempoh Tuntutan Rebat Tol Dilanjut

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh tuntutan rebat tol melalui Program Pengguna Kerap 1Malaysia yang dikhususkan untuk pengguna Touch 'n Go dilanjutkan dari 1 hingga 9 haribulan dan dari 15 hingga hujung bulan bagi setiap bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Sdn Bhd (TNGSB) Abdul Karim Md Lassim berkata bahawa sebelum ini pengguna Touch 'n Go hanya membuat pertanyaan dan tuntutan rebat tol mereka pada setiap 5 hingga 15 haribulan dan dari 23 haribulan hingga hujung bulan.

Beliau berkata jadual tersebut dipanjangkan berikutan penaiktarafan sistem yang dijalankan oleh TNGSB.

"Kini pelanggan boleh membuat pertanyaan dan menuntut rebat tol mereka dalam tempoh yang lebih panjang selepas sistem kami dinaiktaraf baru-baru ini.

"Hanya satu tempoh 'offline' iaitu pada 10 hingga 14 haribulan setiap bulan berbanding dua kali sebulan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata semua pengguna kad Touch 'n Go termasuk kad kredit Zing Touch 'n Go layak menerima rebat itu namun pengguna komersial yang menggunakan kad Biz Xs dan Fleet Xs tidak layak membuat tuntutan rebat.

Abdul Karim berkata rebat tol yang dijalankan melalui Program Pengguna Kerap 1Malaysia itu merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan pada September 2009 yang melayakkan pengguna mendapat rebat tol sebanyak 20 peratus apabila mencatatkan penggunaan minimum 80 kali sebulan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan