PLKN: Kerajaan Belanja RM4.7 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah menelan belanja sebanyak RM4.7 bilion sejak ia ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, program berkenaan berjaya memberi kesedaran kepada pelatih terutama bagi membentuk jati diri menerusi imej dan pelakuan positif.

Menurut beliau modul latihan PLKN juga secara tidak langsung berjaya menghindari golongan remaja daripada mudah terlibat dengan kegiatan jenayah.

"Walaupun kementerian ini tidak mempunyai statistik remaja yang pernah menyertai PLKN tetapi masih terlibat dalam kes jenayah, namun kementerian yakin remaja yang menjalani PLKN mampu menjadi remaja yang mempunyai jati diri kukuh," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, Rabu.

Beliau menjawab soalan Amran Abdul Ghani (PKR-Tanah Merah) yang ingin mengetahui kejayaan pencapaian PLKN dalam memberi kesedaran awal kepada remaja.

Selain itu menurut Abdul Latiff, peserta yang menyertai program PLKN didapati berjaya mengawal diri daripada terjebak dengan kes jenayah berdasarkan peningkatan pendaftaran pelatih dalam Pasukan Sukarela dari tahun ke tahun.

"Kajian-kajian yang dilaksanakan antaranya berkaitan keberkesanan PLKN bersama kumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana hasil kajian menunjukkan maklum balas yang positif melebihi 80 peratus terhadap semua komponen yang dinilai iaitu semangat patriotisme, perpaduan kaum, semangat kesukarelaan, berperwatakan positif dan pembentukan remaja yang cergas," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan