M'sia Cadang Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia Pacu Alam Sekitar Global

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia (WEO) bagi memacu usaha global untuk alam sekitar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cadangan penubuhan badan alam sekitar itu perlu berperundingan dan memudahkan bagi membantu negara-negara memenuhi komitmen hasil daripada persetujuan bersama itu.

Beliau berkata hanya melalui penambahbaikan besar sistem urus tadbir, membolehkan dunia menangani cabaran alam sekitar yang mapan.

"Ia hampir-hampir mustahil untuk negara membangun mengambil bahagian secara bermakna. Negara yang boleh menampung sistem berkenaan hanyalah yang kaya sementara negara yang membangun dinafikan haknya.

"Badan baru seperti WEO boleh membantu penyertaan negara membangun dengan cara yang lebih realistik dan bermakna," katanya dalam ucapannya pada mesyuarat persediaan pertama Kongres Sedunia mengenai Keadilan, Urus Tadbir dan Undang-Undang Kelestarian Alam Sekitar di sini, pada Rabu.

Teks ucapan Najib dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Perdana Menteri berkata sejak beberapa tahun lalu, masyarakat antarabangsa menerima ratusan perjanjian alam sekitar (MEA) pelbagai hala, kesemuanya dengan sekretariat dan pentadbiran masing-masing.

Antara 1992 hingga 2007, menerusi 18 MEA besar sahaja, 540 mesyuarat telah diadakan yang menghasilkan lebih 5,000 keputusan yang sepatutnya diambil tindakan oleh negara-negara, tambah beliau.

Najib berkata kongres tersebut di Brazil dari 4 hingga 6 Jun tahun depan, akan memberi peluang yang kena pada masanya bagi meneliti norma dan prinsip keadilan, urus tadbir dan undang-undang kemapanan alam sekitar dan kaitan antaranya.

Beliau berkata kongres tersebut perlu menyediakan peluang seterusnya untuk mengambil keputusan terhadap langkah kepada evolusi dan pelaksanaan norma dan prinsip berkenaan, yang akan menyediaan cara menangani cabaran kemapanan abad ke-21.

Najib berkata peserta mesyuarat persediaan itu akan berpeluang menyampaikan mesej jelas bagaimana mereka boleh bergerak di pelbagai peringkat urus tadbir alam sekitar antarabangsa dengan membawa perspektif baru untuk dibahaskan.

"Mesyuarat persediaan ini adalah penting kerana ia akan memberi peluang untuk meletak asas kepada perbincangan yang akan dibuat di Kongres Sedunia.

"Kongres Sedunia merupakan peluang unik untuk dilibatkan di perbahasan mengenai urus tadbir Rio+20 dan menjadi peserta aktif, terutama untuk negara membangun, yang cadangannya menyamai keperluan kita untuk pembangunan," tambahnya.

Pengarah Bahagian Undang-Undang Alam Sekitar dan Konvensyen Program Alam Sekitar PBB, Bakary Kanter berkata cadangan Perdana Menteri ke arah kelestarian alam sekitar itu merupakan langkah besar untuk alam sekitar global.

"Ini pertama kali seorang pemimpin menyatakan pandangan maju mengenai WEA. Perdana Menteri memahami bagaimana alam sekitar adalah penting kepada masa depan negara ini dan dunia," katanya yang mengalu-alukan ucapan Najib.

"Bagi pihak PBB, kami melahirkan rasa penghargaan yang mendalam kepada perdana menteri (di atas kenyataannya itu)," tambahnya.

Seramai 34 peserta yang menghadiri mesyuarat dua hari yang berakhir esok, terdiri daripada para hakim dan pakar perundangan daripada 19 buah negara, yang akan bertukar-tukar pandangan, pengetahuan dan pengalaman berhubung pelaksanaan undang-undang alam sekitar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan