Maktab Jemaah Haji M'sia Antara Paling Hampir Dengan Masjidil Haram

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Setiap jemaah haji Malaysia telah dimaklumkan mengenai suasana dan lokasi penginapannya di Mekah, terutama mengenai jarak antara maktab dengan Masjidil Haram sebelum mereka tiba di tanah suci lagi, kata Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Kebajikan) Tengku Aziz Raja Abdullah.

Beliau berkata setiap maktab mengandungi antara 2,500 dan 2,800 jemaah haji yang ditempatkan di dua atau tiga bangunan, dan Tabung Haji berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bangunan yang terletak paling hampir dengan Masjidil Haram.

Menurutnya setelah banyak bangunan hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram dirobohkan untuk memberi laluan kepada rancangan pembesarannya beberapa tahun lepas, rata-rata bangunan yang didiami jemaah haji Malaysia kini terletak di kedudukan antara 500 meter dan 1,000 meter dari Masjidil Haram.

"Apabila jemaah dari Malaysia bertemu dengan jemaah dari negara-negara lain di sini, mereka akan faham bahawa jemaah Malaysia adalah antara jemaah yang mendapat lokasi penginapan yang terbaik di Mekah, terutama dari segi jaraknya dengan Masjidil Haram," katanya pada persidangan media di sini, pada Rabu. Tengku Aziz berkata tahun ini jemaah Malaysia ditempatkan di 15 maktab di Mekah, dengan 10 terdiri daripada maktab bagi jemaah haji muasassah, dan selebihnya untuk syarikat-syarikat pengelola jemaah haji dan pakej-pakej haji.

Beliau berkata pelbagai kemudahan disediakan oleh Tabung Haji di maktab-maktab itu untuk keselesaan para jemaah haji sepanjang tempoh mereka berada di tanah suci.

Menurutnya antara yang disediakan ialah kaunter kewangan untuk kemudahan simpanan, pengeluaran, urusan bayaran dam serta korban, khidmat pembimbing atau guru-guru agama, pusat perkhidmatan pelanggan, kemudahan kesihatan dan lain-lain lagi.

Katanya rata-rata jemaah haji telah diberi penerangan yang secukupnya semasa di tanah air lagi supaya mereka tahu mengenai apa yang bakal dihadapi semasa mengerjakan ibadah haji di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan