Lelaki Maut Terjatuh Dari Kondominium Bukan Pegawai Imigresen - Berita Semasa | mStar

Lelaki Maut Terjatuh Dari Kondominium Bukan Pegawai Imigresen

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen, Rabu, menjelaskan bahawa lelaki yang ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Kondominium Magnaville, Selayang, Selasa bukan lagi petugas jabatan itu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata berdasarkan rekod perkhidmatan, mangsa bukan lagi kakitangan di jabatan berkenaan sejak 10 Mei lepas.

"Subjek (mangsa) bukan lagi penjawat awam atau kakitangan di Jabatan Imigresen Malaysia kerana subjek telah diambil tindakan disiplin iaitu buang kerja berkuat kuasa 10 Mei 2011 di atas kesalahan tidak hadir bekerja," kata beliau dalam kenyataan di sini.

Laporan akhbar menyebut seorang pegawai imigresen di Pusat Bandar Damansara di ibu negara, maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kediamannya di Selayang.

Dalam kejadian pukul 7.45 malam itu, mangsa Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dipercayai cuba keluar melalui tingkap rumahnya untuk ke laluan tangga berdekatan sebelum tergelincir dan terjatuh di lantai tingkat dua kondominium berkenaan.

Mangsa berbuat demikian kerana dikatakan enggan berjumpa tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban berhubung siasatan satu kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan