Kampung Baru Dibangunkan Hanya Jika Dipersetujui Pewaris

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kampung Baru, yang meliputi tujuh buah kampung dengan keluasan 90.2 hektar, akan hanya dimajukan sekiranya mendapat persetujuan pemilik dan pewaris tanah di situ, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata walaupun Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 yang baru telah diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas, persetujuan daripada pemilik dan pewaris tanah untuk membenarkan kawasan itu dimajukan adalah lebih penting.

"Kalau pemilik dan pewaris tanah tidak bersetuju kita akan berhenti, kita hanya akan majukan kawasan yang mendapat persetujuan daripada mereka.

"Tidak ada seperti diuar-uarkan oleh pembangkang yang menyatakan kita merampas tanah itu dan pemilik dan pewaris yang menyerahkan tanah mereka akan mendapat untung sedikit sebaliknya pemaju mendapat untung besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis mini konvokesyen kanak-kanak Tabika Kemas di kawasan Lembah Pantai di sini, Rabu.

Beliau berkata pemilik dan pewaris tanah yang ingin memajukan kawasan mereka sendiri akan diberi galakan dan kemudahan lain oleh kementerian untuk berbuat demikian.

Raja Nong Chik berkata bagaimanapun tanah kerajaan yang seluas 40 hektar dalam kawasan tersebut telahpun dibangunkan dengan pembangunan infrastruktur benilai RM8.8 juta dan pembangunan menyeluruh kawasan itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Mengenai pembangkang yang tidak berpuashati dengan rang undang-undang itu dan akan mengemukakan bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong, beliau berkata mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

"Jika mereka benar-benar komited untuk membantah rang undang-undang itu, lebih ramai anggota parti pembangkang sepatutnya berada di persidangan Dewan Rakyat semasa pembentangannya.

"Ini hanya 28 daripada 77 anggota pembangkang yang berada dalam dewan untuk membantah rang undang-undang itu, malah pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak ada," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan