Jawatankuasa Khas: Pendengaran Awam Dalam Tempoh 3 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mengumpul maklum balas serta cadangan berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya akan diadakan dalam tempoh tiga bulan bermula November ini hingga Januari tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, jawatankuasa berkenaan akan menemui wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar serta individu dalam masyarakat bermula 11 November ini.

Proses pendengaran awam tersebut akan diadakan di enam lokasi di seluruh negara dengan dua sesi pada setiap tempat.

Sesi pertama diadakan pada 11 dan 12 November bermula pukul 9.30 pagi di Bilik Jawatankuasa 2, bangunan Parlimen diikuti pada 25 dan 26 November di Bilik Kedah, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah di Kota Kinabalu.

Sementara itu pada 8 dan 9 Disember pendengaran awam akan diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, Kuching , Sarawak manakala pada 15 dan 16 Disember proses tersebut akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Bagi wilayah Pantai Timur akan diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Kota Baru, Kelantan pada 7 dan 8 Januari manakala di kawasan selatan ia akan diadakan pada 12 dan 13 Januari di Bilik Gerakan Tun Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor.

Keputusan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan yang dianggotai sembilan wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN), pembangkang dan bebas di bangunan Parlimen pada Rabu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan