Harga Cili Siam Melambung

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Banjir di Thailand telah menyebabkan harga cili di Malaysia melambung tinggi dengan harga RM10 bagi sekilogram.

Harga tersebut naik dua kali ganda daripada harga biasa yang dicatatkan pada waktu semasa.

“Kita sangat bergantung kepada bekalan cili Siam dan cili merah daripada Thailand kerana petani di negara ini amat kurang menanam tanaman tersebut.

“Oleh kerana banjir besar yang melanda Thailand maka bekalan yang diperolehi kurang dan ini menyebabkan harganya melambung tinggi. Namun kita jangka masalah ini hanya akan dapat diatasi dalam masa yang singkat sebaik sahaja banjir di Thailand pulih sepenuhnya,” kata Presiden Kesatuan Penjual Sayur-Sayuran Malaysia, Soo Cheng Kee

“Buat masa sekarang pengguna boleh memilih untuk menggunakan cili kering atau pes cili. 90 peratus bekalan cili Siam dan cili merah yang dijual di Malaysia datang dari Thailand.

“Banjir besar yang melanda Thailand telah menyebabkan 30 daripada 77 wilayah di bahagian utara dan tengah negara itu terjejas teruk,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong menasihatkan pegimport sayur-sayuran di negara ini untuk mendapatkan bekalan mereka daripada negara China bagi mengatasi berkenaan ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Presiden Pelancongan Malaysia China, Paul Paw berkata mereka yang menempah tiket untuk melancong ke Thailand usah bimbang kerana jadual perjalanan ke negara itu berjalan seperti yang dirancang.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan