Guna Kutipan Cukai Rokok, Arak Tingkat Pendapatan FAM: Zahrain

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran meningkatkan pendapatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak RM30 juta setahun menggunakan kutipan cukai rokok dan arak bagi meningkatkan mutu bola sepak Malaysia agar setanding dengan negara maju.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim berkata, kerajaan perlu memandang serius isu bola sepak jika ingin memperbaiki mutu permainan kerana ia membabitkan soal kewangan.

"Sukan bola sepak pada hari ini memerlukan dana kewangan yang kukuh. Kita tidak boleh lari daripada elemen itu.

"Jika dibandingkan dengan pendapatan bola sepak Jepun iaitu kira-kira AS150 juta setahun, jumlah yang diterima FAM tidak mencukupi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Sehubungan itu, Zahrain yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berharap agar kerajaan mempertimbangkan saranan tersebut selepas penajaan dan pengiklanan rokok serta arak sebelum ini diharamkan.

"Bola sepak adalah sukan rakyat...adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ia terbela dan mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan