Elaun: Wakil Rakyat Bebas Minta Perbahasan

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas, Wangsa Maju, Wee Choo Keong mahu cadangan bagi mengkaji semula kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, walaupun cadangan berkenaan telah ditarik balik daripada peruntukan Bajet 2012, namun ia perlu dibahaskan bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen.

"Cadangan ini tidak boleh ditarik balik begitu sahaja, ahli-ahli Parlimen ada hak untuk berbahas mengenai perkara ini kerana gaji-gaji wakil rakyat sekarang ini tidak berpatutan.

"Menarik balik bukan sesuatu yang wajar, kita perlu adakan perbahasan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Terdahulu, Wee mengemukakan Rang Undang-undang Ahli Parlimen yang dinamakan Akta Perbekalan Tambahan Untuk Menaikkan Gaji dan Elaun Ahli Parlimen 2012 kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Rang undang-undang berkenaan bertujuan untuk memperuntukan sejumlah wang bagi menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen dalam Bajet 2012 seperti yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Jumaat lalu.

Menurut Wee, beliau akan memfailkan satu usul menggunakan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat agar rang undang-undang berkenaan dapat dibahaskan.

"Saya harap rang undang-undang ini boleh dibentangkan untuk dibahas kerana saya percaya ramai ahli Parlimen yang akan sokong.

"Kita perlu ambil kira kerja-kerja ahli Parlimen dan keadaan mereka. Mereka perlu ada elaun untuk jalankan kajian dan perbelanjaan yang banyak di kawasan mereka," katanya.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik cadangan bagi mengkaji semula kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen ekoran bantahan daripada pemimpin utama pembangkang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan