Chong Mahu Majlis Mesyuarat Ditangguhkan, Bincang Tuduhan Rasuah Taib - Berita Semasa | mStar

Chong Mahu Majlis Mesyuarat Ditangguhkan, Bincang Tuduhan Rasuah Taib

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen pada Rabu menfailkan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18 untuk menangguhkan Majlis Mesyuarat bagi membincangkan penyiasatan kerajaan negara asing atas tuduhan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut Chong, notis itu dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebelum pukul 10 pagi tadi dan keputusannya akan diketahui selepas sesi soal jawab di Parlimen pada Khamis.

"Ini adalah kali pertama seorang Ketua Menteri negeri dari Malaysia menjadi subjek siasatan kerajaan negera lain atas tuduhan rasuah.

"Tindakan itu telah mencemarkan nama baik negara dan menjejaskan sistem pentadbiran kerajaan kita,"katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau mahu Dewan Rakyat mempertimbangkan notis penangguhan tersebut bagi membincangkan penyiasatan itu.

Pada 13 Mei lalu, laporan Asia Sentinel bertajuk 'Swiss Bank Power to Probe Taib Holding menyatakan Presiden Swiss mengarahkan agensinya menyiasat aset Ketua Menteri Sarawak itu di beberapa buah bank negara tersebut.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan