Semakin Ramai Penjawat Awam Sedar Keburukan Rasuah: SPRM

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan penjawat awam semakin tinggi apabila ramai antara mereka yang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung gejala itu tahun lepas.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata tindakan itu adalah satu perkembangan yang baik kerana ia menunjukkan penjawat awam semakin sedar tentang keburukan rasuah.

"Sebelum 2010 pun ada juga kita terima laporan daripada penjawat awam berhubung aktiviti rasuah tetapi tidak begitu banyak berbanding tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel forum bertajuk "Mengurus Persepsi Ke Atas Integriti: Tanggungjawab Siapa?" di sini, Selasa.

Seorang lagi ahli panel pada forum anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh.

Abu Kassim berkata orang ramai perlu sedar bahawa memberi dan menerima rasuah adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang itu dipenjara.

Beliau berkata daripada 944 kes rasuah yang didakwa di mahkamah tahun lepas, sebanyak 424 melibatkan pemberi rasuah dan lebih 300 kes melibat penerima rasuah manakala selebihnya melibatkan pelbagai kes rasuah lain.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah, jumlah kes melibatkan penerima rasuah adalah kurang daripada jumlah kes yang melibatkan pemberian rasuah," katanya.

Abu Kassim berkata statistik itu menunjukkan kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan rakyat negara ini terutamanya penjawat awam semakin meningkat apabila mereka segera melaporkan kepada SPRM jika terdapat pihak yang cuba memberi rasuah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan