Salah Guna Dana: MCA Bidas DAP Bagi Hukuman Ringan

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA membidas DAP kerana mengenakan hukuman ringan terhadap seorang daripada wakil rakyatnya yang didakwa menyalahgunakan dana parti.

Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Loh Seng Kok berkata pucuk pimpinan DAP "sepatutnya tidak cuba menutup kes itu dan membenarkan pelakunya terlepas dengan hanya mengantung mereka".

"Salah guna dana adalah jenayah yang serius dan patut dikendalikan mengikut undang-undang. Tetapi DAP dilihat mempunyai dua set peraturan apabila membabitkan kes rasuah.

"Apabila ia melibatkan seseorang yang bukan anggota Pakatan Rakyat, DAP sentiasa menggesa ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja atau mendesak kes itu dirujuk kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan segera.

"Bagaimanapun, dalam kes Anggota Dewan Undangan Negeri Bentayan Gwee Tong Hiang, beliau dilepaskan dengan tindakan ringan, hanya digantung enam bulan kerana menyalahgunakan dana parti," katanya dalam satu kenyataan. Loh berkata beliau juga terkejut bahawa tiga lagi anggota DAP dari Bahagian Bakri turut dikenakan hukuman ringan bagi dakwaan menggunakan dana parti untuk membeli sebuah pick-up bernilai RM45,000 dan mendaftarkannya di bawah syarikat mereka sendiri.

"Sekadar menggantung Gwee dan tiga anggota lain bagi salah guna dana dianggap sebagai hukuman yang ringan bagi jenayah yang sepatutnya dilaporkan kepada SPRM.

"Ini seperti melepaskan batuk di tangga dan melindungi perbuatan rasuah. Ini jelas merupakan kes berat sebelah."

Beliau berkata DAP sepatutnya tidak membiarkan sahaja kes seumpama itu tanpa disiasat dan perlu memastikan hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka terbabit termasuk melaporkannya kepada SPRM. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan