JPJ Kedah Keluar 67 Saman Dalam Ops Pengarah

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita dua motosikal dan tiga kereta serta mengeluarkan 67 saman dalam 'Ops Pengarah' di sekitar bandar raya ini malam Isnin.

Pengarahnya Ahmad Musadad Sulaiman berkata saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk memandu tanpa lesen, tidak memakai tali pinggang keledar, cukai jalan tamat tempoh serta ubah suai kenderaan yang tidak dibenarkan.

"Saya kesal dengan sikap orang ramai yang memandu tanpa lesen sedangkan mereka tahu itu adalah kesalahan. Daripada 67 kesalahan yang dicatatkan malam tadi, 20 kes melibatkan tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh," katanya pada sidang media, di sini, Selasa.

Beliau juga menegaskan tindakan yang diambil bukan untuk menganiaya pengguna jalan raya, tetapi bertujuan mendidik mereka menjadi pemandu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

Operasi selama empat jam bermula lapan malam itu disertai 90 pegawai dan anggota JPJ serta dibantu 10 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan