Jakim, Jabatan Peguam Kaji Rang Undang-Undang Guaman Syarie - Berita Semasa | mStar

Jakim, Jabatan Peguam Kaji Rang Undang-Undang Guaman Syarie

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang menjalankan kajian bagi merangka Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie bagi memartabatkan kedudukan profesion guaman syarie dan sistem kehakiman syariah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Jakim bersama-sama Jabatan Kehakiman Syariah dan Persatuan Guaman Syarie sedang mencari pendekatan terbaik untuk merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan undang-undang itu.

"Konsep asas bagi memastikan pewujudan undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang akan digubal nanti adalah lengkap dan komprehensif serta mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Dr Mashitah berkata demikian semasa menjawab soalan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) mengenai penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie dan bila akta itu akan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Menteri itu berkata kerajaan bersungguh-sungguh menggubal akta berkenaan bagi memantau profesionalisme selain memelihara hak serta kebajikan peguam-peguam syarie di negara ini. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan