Jais Sahkan Penahanan Bob Lokman

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bob Lokman
Bob Lokman

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan penulis lirik, pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Bob Lokman atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat malam Isnin.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais.

“Beliau ditahan berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas yang dihantar kepada mStar Online pada Selasa.

Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor memperuntukkan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau menyampaikan apa-apa perkara mengenai Islam tanpa tauliah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan penulis lirik lagu 'Isabella' nyanyian kumpulan Search itu ditahan selepas menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui.

Turut ditahan Jais ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid yang menghadiri majlis berkenaan.

Mereka kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan.

Bob turut dilaporkan memberikan kenyataan kepada Jais di pejabat daerah Hulu Langat pada tengah hari Selasa.

Sementara itu, Bob yang dihubungi mStar Online berkata, kehadirannya tidak mempunyai agenda tersembunyi mahupun mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu.

"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor.

"Tambah pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah disisi agama," katanya.

Pada 19 Februari lalu, Bob telah menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

September lalu, Jais menegaskan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan tauliah kepada ahli politik yang berceramah atau menyampaikan tazkirah di masjid dan surau di negeri berkenaan.

Marzuki dipetik sebagai berkata, tindakan tersebut adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang enggan membenarkan surau dan masjid sebagai tempat berpolitik.

Antara ahli politik dan tokoh agama yang pernah ditahan kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah oleh Jais ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Jabatan agama itu juga sebelum ini telah menarik balik tauliah yang diberikan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan