Ibu Bapa Diberi Pilihan Terima Atau Tolak Bantuan RM100

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada untuk menerima atau menolak bantuan RM100 untuk pelajar seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata bantuan berkenaan akan diberi kepada semua 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah namun bagi keluarga pelajar yang berpendapatan tinggi, mereka diberi pilihan sama ada untuk menerimanya atau tidak.

Katanya dalam Belanjawan 2012, kerajaan memperuntukkan RM530 juta bagi tujuan pemberian bantuan berkenaan.

"Saya berpendapat bahawa pelajar dari keluarga yang berpendapatan tinggi tidak perlu mengambil bantuan tersebut jika tidak memerlukannya kerana tumpuan seharusnya diberikan kepada pelajar daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah.

"Saya yakin dengan cara begitu, kementerian dapat menjimatkan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi menampung bantuan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Literasi Pembelajaran Bahasa Asia 2011 di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantuan RM100 untuk setiap pelajar yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat lepas.

Mohd Puad berkata cara bantuan itu disalurkan kepada pelajar terlibat akan ditentukan tidak lama lagi dan peruntukan berkenaan akan diagihkan sebelum akhir tahun ini.

"Kementerian akan turut membincangkan mengenai pemberian baucer RM200 kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang turut melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.

Beliau berkata bantuan itu dilihat sebagai pendekatan berinovasi yang diketengahkan Perdana Menteri dalam membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.

Sementara itu, Mohd Puad berkata kerajaan akan tetap memansuhkan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa pelajar untuk meneruskan sistem itu.

Bagaimanapun, katanya permintaan itu akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ia akan dikaji dengan teliti. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan