Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Diagih Disember - Berita Semasa | mStar

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Diagih Disember

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah Disember depan bagi membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan bagi sesi 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selain bantuan berkenaan, pemansuhan yuran persekolahan mulai sesi persekolah tahun depan turut membolehkan rakyat negara ini menikmati pendidikan percuma sepenuhnya.

"Saya mengandaikan bayaran batuan itu dilakukan hujung tahun ini bagi persiapan menghadapi sesi persekolahan 2012, namun kaedah pembayarannya terserah kepada pihak pengurusan.

"Perkara ini akan dibincang oleh pihak pegurusan dengan lebih lanjut lagi dan saya difahamkan bayaran dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, Selasa.

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bejat 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bermula dari darjah satu, selain memansuhkan yuran persekolahan.

Mengulas lanjut Puad berkata, kerajaan menaggung kos sebanyak RM150 juta setelah memansuhkan yuran persekolah bagi meringankan beban ibu bapa terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Ditanya mengenai yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dijangka akan menjadi bebanan kepada ibu bapa setelah yuran persekolahan dimansuh, beliau mengingatkan PIBG supaya mematuhi peraturan ditetapkan kementerian dalam menentukan kadar bayaran yuran serta perlu memberi tumpuan kepada perkara menjadi keutamaan.

"Pihak kementerian sudah mengeluarkan pekeliling berhubung perkara itu, kita harap PIBG membuat keputusan bagi kadar yuran melalui perbincangan dengan ibu bapa dan bukannya dibuat berdasarkan kepada keputusan jawatankuasa semata-mata," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan