Akta Jimat Tenaga Jangka Kuatkuasa 2014

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka akan menguatkuasakan Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga pada 2014 sebagai kaedah mengawalselia prestasi penggunaan tenaga bagi kelengkapan elektrik yang dijual di negara ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, menerusi akta berkenaan, hanya kelengkapan elektrik yang memenuhi kriteria prestasi tenaga minimum dan mempunyai label tenaga boleh memasuki pasaran tempatan.

"Akta ini dijangka akan dilaksanakan menjelang 2014, pada peringkat ini ia sedang dalam proses penggubalan oleh kementerian saya," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang ingin mengetahui mengenai strategi kerajaan bagi mengurangkan pembaziran tenaga dalam mod sedia.

Dalam pada itu Chin berkata, kementeriannya dengan bantuan Suruhanjaya Tenaga telah menjalankan kajian mengenai penggunaan tenaga dalam keadaan mod sedia bagi peralatan elektrik terutamanya televisyen.

"Hasil ujian makmal yang dijalankan oleh SIRIM mendapati wujud penggunaan tenaga yang minimum apabila peralatan elektrik dalam keadaan mod sedia. Anggaran penggunaan tenaga ialah di antara 1 watt hingga 5 watt.

"Selain itu, pada masa ini langkah-langkah untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan dan faedah penggunaan kelengkapan elektrik yang cekap tenaga semakin giat dilaksanakan," katanya.

Dalam pada itu menurutnya, pengeluar peralatan elektrik juga ditawarkan inisiatif tertentu sekiranya mengeluarkan produk cekap tenaga seperti penyaman udara, kipas, televisyen dan peti sejuk.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan