Wong Soon Koh Sedia Tanding Jawatan Presiden SUPP

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Wong Soon Koh berkata beliau bersedia bertanding jawatan Presiden parti pada persidangan tiga tahun (TDC) anggota perwakilan pada Disember ini.

"Saya menerima komitmen dan ikrar sokongan daripada pemimpin dan anggota parti dari cawangan di utara, selatan dan tengah. "Pemimpin-pemimpin secara individu telah menghubungi saya menyatakan sokongan kukuh mereka kepada saya untuk bertanding jawatan nombor satu parti, kata Wong, yang merupakan Pengerusi SUPP cawangan Sibu pada sidang akhbar pada Ahad.

Wong, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, sebelum ini menyatakan beliau hanya akan mempertimbangkan untuk bertanding sekiranya beliau mendapat sokongan yang amat baik daripada peringkat akar umbi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan turut mengesahkan ADU NSenadin, Datuk Lee Kim Shin yang juga Menteri Muda Pembangunan Sosial (Sukan) akan menjadi gandingannya. "Ini adalah semangat dan perasaan umum yang ada di kalangan penyokong parti iaitu meskipun SUPP sebuah parti pelbagai kaum, pemimpin utama mestilah daripada kalangan kaum Cina yang membentuk 80 peratus jumlah anggota.

"Pemimpin bumiputera seperti Datuk Richard Riot, Datuk Francis Hardin dan yang lain juga mahukan kami menerajui parti ini pada masa depan dan mereka percaya kami berada dalam kedudukan terbaik untuk membina semula dan memimpin parti," kata Wong. Namun, kata beliau pemimpin bumiputera pada satu masa kelak boleh memegang jawatan utama parti.

Wong berkata apa yang penting masa ini adalah untuk SUPP terus bersatu padu dan meminggirkan sentimen kewilayahan.

"Kita mesti menyusun semula terutamanya di peringkat dalaman. Kita semua hendaklah berpegang kuat kepada semangat Sa'Ati (Satu Hati). Kita mesti terus mendekati rakyat dan berkhidmat dengan ikhlas demi mendapatkan semula keyakinan dan sokongan mereka," katanya. Wong berkata anggota parti itu mesti mempunyai matlamat yang sama dan hanya dengan cara itu, mereka dapat menghadapai cabaran dengan berkesan.

Wong dijangka dicabar oleh bendahari agung parti Datuk David Teng Lung Chi yang juga bekas ADUN Repok, yang turut menyimpan hasrat memegang jawatan utama parti.

Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan yang kalah di tangan calon DAP Ling Sie Kiong di kerusi DUN Piasau pada pilihan raya negeri April lepas telah menyatakan akan mengundurkan diri pada TDC Disember ini.

Sementara itu, Naib Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Datuk Tiong Thai King yang juga Anggota Parlimen Lanang berkata beliau menyokong kukuh hasrat Wong untuk bertanding jawatan utama SUPP. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan