Terminal Sejahtera Akan Diperkenal Di Seluruh Negara - Raja Nong Chik

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mengemukakan cadangan untuk memperluaskan penubuhan pusat ulangkaji pelajaran dikenali sebagai Terminal Sejahtera ke seluruh negara pada masa depan.

Menteri berkenaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata buat masa ini terdapat lima Terminal Sejahtera di kawasan Lembah Klang dan kesemuanya dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Lokasi Terminal Sejahtera itu ialah di Taman Perumahan Sri Sentosa, Jalan Klang Lama; Sri Kota, Bandar Tun Razak; Perumahan Awam di Sri Labuan, Bandar Tun Razak; Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak dan Perumahan Awam Sri Pahang, Bangsar.

Beliau berkata idea penubuhan Terminal Sejahtera itu timbul setelah melihat kejayaan pelajar sekolah mencapai keputusan yang memuaskan selepas menghadiri pusat serupa yang diwujudkan di kawasan Lembah Pantai di bawah kendalian pihak swasta.

"Terminal ini ditubuhkan untuk memberi ruang serta kemudahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah mengulang kaji pelajaran dalam situasi lebih selesa dan kondusif dan ia boleh memberi faedah kepada pelajar di seluruh negara sekiranya ia diluluskan kerajaan kelak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Malam Perpaduan Pesta Tanglung anjuran Barisan Nasional di Taman Seri Sentosa di sini malam Ahad.

Raja Nong Chik berkata cadangan perluaskan itu masih di peringkat cadangan dan ia akan dibentang ke kabinet untuk mendapat kelulusan kerajaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan