Projek Kereta Kabel Di Bukit Larut Bukan Projek Kementerian Pelancongan

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek Pembangunan Sistem Kereta Kabel di Bukit Larut, Taiping merupakan projek di bawah kerajaan negeri Perak dan bukannya di bawah Kementerian Pelancongan, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menjelaskan status terkini projek pembangunan itu telah diluluskan pelaksanaannya dan diswastakan kepada Syarikat Taiping Cable Car Sdn Bhd.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan komited membantu negeri Perak untuk meningkatkan produk pelancongan di bandar warisan Taiping.

"Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pelancongan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM10.3 juta bagi pembangunan kemudahan pelancongan iaitu menarik taraf rumah rehat dan 'tea house' di Bukit Larut, kemudahan infrastruktur di Zoo Taiping serta pembangunan kemudahan pelancongan di Taman Tasik Taiping," katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang ingin tahu status terkini rancangan kerajaan membina kereta kabel di Bukit Larut.

Justeru, Dr Ng berkata untuk membangunkan industri pelancongan di bandar warisan itu, kementerian telah menyenaraikan Taman Tasik Taiping sebagai satu daripada 22 'Parks and Garden Trails' di Malaysia.

Beliau berkata inisiatif kerajaan negeri Perak menggubal Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kawasan Warisan Bandar Taiping juga akan dijadikan garis panduan untuk membangunkan Taiping sebagai bandar warisan.

Sementara itu, semasa menjawab soalan Datuk Yusoff Mahal (BN-Labuan) yang ingin tahu usaha kerajaan mengenal pasti tarikan baru di Labuan, Dr Ng berkata kementerian memperkenalkan dua acara baharu iaitu Karnival Sukan Pelancongan Labuan dan Festival Seni Labuan.

"Acara yang berkonsepkan sukan dan rekreasi ini berjaya menarik minat peserta domestik termasuk daripada Brunei dan Australia. Dianggarkan seramai 10,000 pengunjung mengunjungi karnival sukan ini yang diadakan pada 25 hingga 26 Jun lepas," katanya.

Dr Ng berkata Festival Seni Labuan pada 25 hingga 27 November ini akan menampilkan pelbagai elemen kesenian terutamanya seni kontemporari dan festival itu dijangka dapat menarik seramai 30,000 pengunjung ke Labuan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan