PM: BN Mesti Jadi Parti Untuk Semua Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti yang disokong oleh segenap lapisan rakyat.

Pengerusi BN itu berkata beliau tidak mahu BN hanya sekadar disokong oleh penduduk luar bandar tetapi semua rakyat bandar terutamanya di Kuala Lumpur kerana ia merupakan ibu negara.

"Kita tak nak BN hanya menjadi parti luar bandar dan desa seolah-olah orang di bandar tidak sokong kita. Kita nak BN menjadi sebuah parti yang disokong semua termasuk golongan berpendapatan sederhana di kota raya KL ini," katanya.

Kira-kira 8,000 anggota dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan hadir pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Justeru itu beliau menggesa semua anggota BN supaya melipatgandakan gerak kerja mereka memandangkan gema pilihan raya umum (PRU) semakin hampir.

Beliau berkata semua anggota mesti memastikan keadaan di akar umbi betul-betul tersusun dan tidak sekadar hanya tahu memberikan maklum balas positif.

"Saya tidak terima OK, saya nak tengok bukti, OK, tak OK," katanya.

Mengenai persiapan BN Wilayah Persekutuan untuk menawan Kuala Lumpur, Najib berkata beliau mahu melihat kekuatan itu betul-betul diterjemah dalam kemenangan kepada BN pada PRU nanti.

"Congak punya congak, kita memang boleh menang. Atas kertas memang boleh menang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan