Penalti Kepada Majikan Yang Gagal Daftar Pekerja Asing

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majikan yang masih berdegil mengambil Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan dikenakan tindakan tegas berkuat kuasa serta-merta sebagai sebahagian daripada penguatkuasaan proses pengampunan dalam Program 6P.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata majikan telah diberikan tempoh yang cukup panjang untuk mendaftarkan pekerja mereka.

“Peluang yang diberikan sebelum ini cukup lama. Sekarang mereka perlu berhadapan dengan tindakan jika ditangkap,” katanya sambil menambah majikan tidak wajar mengambil PATI sejak dari awal lagi.

Beliau berkata majikan yang berbuat demikian adalah kerana mereka dapat menjimatkan kos tenaga buruh serta dapat mengelakkan daripada membayar levi dan kos perubatan.

“Kerajaan perlu bertegas dengan majikan seperti ini lewat kebelakangan ini bekalan tenaga pekerja asing lebih ramai daripada pekerja asing tanpa izin di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata beliau diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang enggan mendaftarkan pekerja mereka.

“Kita perlu menyokong usaha kerajaan dalam memastikan program 6P berjalan lancar. Kerajaan perlu membuat statistik serta mengenalpasti di mana pekerja asing tersebut berada,” katanya sambil menambah tempoh masa yang diberikan oleh kerajaan kepada majikan adalah sangat mencukupi.

Rabu lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan PATI yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mendaftar pekerja asing mereka berkuat kuasa serta-merta.

Muhyiddin berkata penguatkuasaan itu dilakukan bagi membanteras kemasukan PATI ke negara ini serta majikan telah diberikan tempoh masa yang cukup untuk mendaftar pekerja asing mereka termasuk tempoh pengampunan yang telah dipanjangkan sebelum ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan