Muhyiddin Cadang IPT Permudahkan Proses Mobiliti Akademik

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini mempermudahkan proses Mobiliti Akademik dengan menggalakkan ahli-ahli akademik yang mempunyai kepakaran tertentu dilantik ke jawatan penasihat dan perundingan dalam sektor awam dan swasta.

Beliau berkata, ahli-ahli akademik di negara ini mempamerkan tahap keilmuan yang tinggi hasil penglibatan mereka dalam dunia akademik di universiti masing-masing.

“Maka sudah tiba masanya bagi ahli-ahli akademik untuk memperluaskan sumbangan mereka melangkaui sempadan.

“Pelantikan ini dapat memberi peluang kepada ahli-ahli akademik untuk menyalurkan ilmu dan kepakaran mereka kepada organisasi-organisasi di luar universiti.

“Ia turut memperluskan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang masing-masing yang sudah pasti memanfaatkan universiti,” katanya pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2009 dan 2010 di sini, Isnin.

Muhiyiddin berkata, amat wajar bagi IPT mengarusperdanakan mobiliti ahli-ahli akademik sebagai sebahagian daripada tugas dan fungsi penting mereka.

Jelasnya, menerusi cara itu sumbangan ahli-ahli akademik akan menjadi lebih terkesan di luar lingkuangan dunia akademik.

“Bagi menyahut hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bersifat global, paradigma dunia akademik di negara kita perlu dianjak.

“Ahli-ahli akademik mesti lebih terkehadapan bagi mempelopori penyelidikan berimpak tinggi dan menjadikan inovasi sebagai paksi budaya berprestasi tinggi di universiti,” katanya.

Mengulas perkara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebahagian ahli akademik sudah mengambil peranan seperti penasihat, perunding atau berkhidmat di pelbagai peringkat di sektor awam dan swasta.

“Ini supaya penglibatan (mobiliti) mereka diiktiraf bukan sahaja berasaskan penyelidikan dan pengajaran tetapi turut dikira untuk kenaikan pangkat.

“Mobiliti ini adalah sebahagian daripada peranan universiti selain pengajaran dan pendidikan iaitu soal pemindahan ilmu kepada masyarakat,” katanya.

Khaled berkata, penglibatan di luar universiti itu dapat memperluaskan peluang kenaikan pangkat kepada ahli-ahli akademik di IPT yang turut mengambil kira mobiliti berkenaan.

“Kementerian kini pada peringkat ketiga dalam mempromosikan mereka dan peringkat seterusnya adalah perkongsian kepakaran itu di institusi-institusi,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan