Keselamatan Selat Melaka Dan Singapura Di Tahap Baik

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Enam projek keselamatan dan penjagaan persekitaran alam sekitar di Selat Melaka dan Selat Singapura yang dilaksanakan di bawah Dana Bantuan Pelayaran untuk memastikan keselamatan di selat tersebut berada di tahap terbaik, berjalan lancar.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata dana yang dilancarkan pada 2008 di bawah Mekanisme Kerjasama Malaysia, Indonesia dan Singapura, kini berjumlah US$12.4 juta yang disumbangkan oleh tiga negara pesisir tersebut dan juga negara lain yang turut menggunakan selat berkenaan.

"Tumpuan utama adalah soal keselamatan terhadap semua kapal yang melalui Selat Melaka dan Selat Singapura dan yang sama penting hal persekitaran di mana kita amat prihatin dan mengambil berat tentang pencemaran dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kerjasama di bawah Mekanisme Kerjasama untuk Meningkatkan Keselamatan Pelayaran dan Perlindungan Alam Sekitar di Selat Melaka dan Singapura di sini, Isnin.

Projek yang dilaksanakan itu ialah memindahkan kerosakan dalam Skim Pemisahan Trafik di Selat Melaka dan Singapura, kerjasama dan pembinaan keupayaan mengenai kesediaan dan respons bahan merbahaya dan beracun di selat itu, dan mempamerkan projek kelas B transponder, Sistem Pengenalan Automatik mengenai kapal kecil.

Menubuhkan sistem air pasang dan surut, arus dan pengukuran angin untuk selat itu bagi meningkatkan keselamatan pelayaran di selat tersebut dan menggantikan dan mengendalikan bantuan pelayaran yang rosak akibat tsunami pada Disember 2004. Kong berkata rondaan keselamatan secara bersama di bawah mekanisme kerjasama itu, menunjukkan keberkesanan terutama dalam menangani kejadian serangan lanun dalam tempoh beberapa tahun lalu dan kini kegiatan serangan lanun di tahap sifar.

"Dalam lawatan saya ke banyak negara, perkara ini dibangkitkan oleh menteri pengangkutan dari negara-negara lain bahawa mereka amat menghargai apa yang dibuat oleh Malaysia, Indonesia dan Singapura berkenaan keselamatan di Selat Melaka dan Selat Singapura," katanya.

Sementara itu, Kong berkata kementeriannya akan melaksanakan pembinaan lebuh raya baru menerusi Belanjawan 2012 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas.

Beliau berkata lebuh raya baru yang bakal dibina bermula tahun depan ialah Lebuhraya Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak, Lebuhraya Pantai Timur dari Mersing, Johor ke Kuantan, Pahang.

"Satu lagi laluan penting dan sudah lama di rancang namun belum dilaksanakan iaitu laluan dari Bentong (Pahang) ke Gua Musang (Kelantan)," katanya yang tidak memberitahu kos keseluruhan projek lebuh raya baru itu.

Beliau berkata kementeriannya juga akan memberi beberapa inisiatif baru termasuk melanjutkan tempoh pemberian insentif selama dua tahun bagi pembelian kereta hybrid dan kenderaan elektrik.

Bagi mengalakkan pengusaha teksi menukar kenderaan lama kepada baru, kementerian akan menghapuskan cukai jualan dan cukai jalan kenderaan tersebut selain memberi insentif wang tunai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan