Kerajaan, NGO Lancar Kempen Jom Boikot - Berita Semasa | mStar

Kerajaan, NGO Lancar Kempen Jom Boikot

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kerajaan negeri dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan pengguna di semua peringkat akan melaksanakan Kempen Jom Boikot terhadap mana-mana peniaga yang ingin mengambil kesempatan menaikkan harga ekoran pelbagai insentif yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna dan Perpaduan Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata kempen pertama kali itu akan digerakkan secara besar-besaran sekiranya peniaga masih berdegil untuk meletakkan harga tinggi kepada setiap barangan keperluan di negeri ini.

Katanya, kerajaan dengan dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan pengguna di peringkat daerah bersepakat untuk bertindak jika didapati harga barang keperluan melabung secara mendadak hingga membebankan pengguna di negeri ini.

"Untuk itu pegawai penguatkuasa akan melancarkan pemeriksaan dan tinjauan bagi mengenalpasti kedai atau premis yang menaikkan harga barang-barang kawalan bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Rakyat Peti Undi Seberang Barat Luar Kuala Besut, di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat melaporkan jika mengetahui kegiatan peniaga yang mengambil untung berlipat ganda di tempat masing-masing untuk diambil tindakan.

Katanya, laporan boleh dibuat ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dan pejabat cawangan di daerah pada bila-bila masa mulai sekarang.

Dr A Rahman meminta supaya setiap laporan yang diberikan mestilah lengkap dengan maklumat terperinci seperti lokasi, masa, jenis makanan untuk diteliti KPDNKK.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan harga barangan makanan di negeri ini terutama di Kuala Terengganu lebih mahal berbanding di tempat lain disebabkan kos pengangkutan darat ke Terengganu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan