Kerajaan Batal Kaji Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin menarik balik cadangan kenaikan gaji dan elaun bagi kemudahan 222 ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan penarikan semula cadangan berkenaan dibuat berdasarkan bantahan empat pemimpin utama pembangkang.

Menurut beliau, penarikan tersebut membabitkan peruntukan kira-kira RM30 juta daripada Bajet 2012.

"Cadangan kenaikan berkenaan dibantah keras oleh pemimpin utama pembangkang, jadi saya mengambil maklum bahawa mereka bercakap bagi pihak ahli Parlimen lain daripada parti masing-masing.

"Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Menurut Mohamed Nazri, empat Ahli Perlimen yang membuat bantahan keras berkenaan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan bebas.

Gaji semasa seorang ahli Parlimen di Malaysia berjumlah RM6,500 sebulan iaitu paling rendah jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Dalam pada itu Mohamed Nazri berkata, pembatalan kenaikan berkenaan turut membabitkan kajian berhubung peruntukan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat wakil rakyat.

"Pembangkang 'buka mulut' (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang sememangnya diperlukan oleh seorang wakil rakyat.

"Sebenarnya kenaikan kaji ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat, serta gaji pemandu.

"Saya faham kebanyakkan wakil rakyat junior menghadapi masalah untuk menjalankan tugas mereka. Apa yang pasti kenaikan yang dicadangkan ini bukan bertujuan mengkayakan wakil rakyat...kita tahu gaji mereka digunakan untuk rakyat dan pengundi di kawasan masing-masing," katanya.

Ditanya sama ada cadangan mengenai kenaikan berkenaan akan dibawa semula kepada Parlimen menerusi Bajet 2013, Mohamed Nazri berkata ia bergantung kepada persetujuan ahli Parlimen.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab akan terus berusaha membawa isu berkaitan kebajikan ahli Parlimen pada masa-masa akan datang," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan