Jumlah Tunggakan PBT Mencecah RM357 Juta

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah tunggakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada syarikat-syarikat konsesi menguruskan sisa pepejal mencecah RM357 juta sehingga 31 Dis 2010, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin berkata jumlah tunggakan itu adalah tunggakan bayaran perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam semasa tempoh interim dilaksanakan.

"Buat masa ini tiada sebarang hutang PBT kepada kerajaan persekutuan khususnya dalam pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam," katanya menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) yang ingin tahu jumlah hutang PBT bagi tempoh 10 tahun khususnya dalam pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Lajim berkata kerajaan akan membantu mana-mana PBT yang kurang berkemampuan untuk membayar perkhidmatan berkenaan.

Katanya kementerian telah memberikan bantuan kewangan kepada PBT yang memperolehi kutipan cukai taksiran kurang daripada RM10 juta setahun.

Beliau berkata sejak tahun 1998 hingga 2010 sebanyak RM151.84 juta bantuan kewangan diberikan kepada 28 buah PBT.

Menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu adakah kerajaan Persekutuan akan memberi bantuan kepada PBT di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang, Lajim berkata peruntukan yang disediakan mengikut perlembagaan akan diteruskan dan bantuan-bantuan lain juga akan diteruskan tetapi tidak melalui PBT berkenaan.

Sementara itu, menjawab soalan lain oleh Datuk Rashid Din (PKR-Merbok) mengenai projek perumahan terbengkalai dan jumlah perbelanjaan kerajaan untuk membangunkan semula projek berkenaan, Lajim berkata jumlah projek perumahan yang baru diisytiharkan terbengkalai bagi tempoh 2009 hingga 30 September lepas adalah sebanyak 23 projek.

Beliau berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM3.1 juta bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai sehingga 30 September lepas termasuk suntikan dana RM1.4 juta bagi projek di Negeri Sembilan dan RM1.7 juta bagi projek di Selangor.

Dalam pada itu, katanya, Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi memantau pemulihan projek-projek berkaitan selain tiga kumpulan kerja yang menumpukan kepada penetapan dasar pemajuan perumahan negara. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan