Bajet 2012 Mampu Kurangkan Keciciran Pelajar - Wee Ka Siong

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM50.02 bilion untuk sektor pendidikan dalam Belanjawan 2012 dilihat mampu mengurangkan keciciran pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata ini kerana faktor kemiskinan dan ketidakmampuan keluarga bukan lagi alasan tidak ke sekolah memandangkan kerajaan melaksanakan pendidikan percuma untuk semua.

"Langkah yang diambil kerajaan boleh bukan sahaja 'education for all' malah 'free education for all'," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Jumaat lepas turut mengumumkan pemansuhan yuran sekolah dan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemansuhan itu membabitkan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insurans Takaful bagi pelajar sekolah rendah iaitu sebanyak RM24.50 dan sekolah menengah RM33.50.

Sementara itu, Wee berkata antara 70,000 hingga 80,000 pelajar yang benar-benar tercicir daripada persekolahan dan antara faktornya ialah tidak berminat dalam pelajaran.

Katanya kadar keciciran peringkat menengah agak tinggi berbanding peringkat rendah, dan Kementerian Pelajaran akan berusaha memastikan setiap pelajar sekurang-kurangnya menamatkan pengajian Tingkatan Lima. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan