Anwar Cabar Kerajaan Unjur Semula Bajet 2012

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mencabar kerajaan supaya mengunjurkan semula peruntukan RM232.8 bilion dalam Bajet 2012 kepada RM220 bilion seperti yang dibentangkan Pakatan Rakyat, Selasa lalu.

Menurut Anwar, pengurangan itu perlu dikaji semula kerana bajet yang dibentangkan Perdana Menteri dibuat berdasarkan unjuran defisit dan pertumbuhan ekonomi yang tidak tepat.

"Peruntukan RM232.8 bilion yang diumumkan tidak berasaskan angka unjuran yang tepat dan dibuat tanpa mengambil kira beban hutang rakyat dan negara. Oleh itu, adalah wajar jika bajet tersebut dibentangkan semula untuk dibahaskan," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen, Permatang Pauh berkata, unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lima hingga enam peratus yang disasarkan kerajaan pada 2012 juga tidak realistik kerana terlalu tinggi dan ditolak penganalisa-penganalisa ekonomi.

"Unjuran pertumbuhan yang dibuat oleh Bank Dunia ialah 5.7 peratus, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 5.5 peratus dan RHB 4.5 peratus saja berdasarkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya.

Anwar turut mempertikaikan tindakan kerajaan mensasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana ia dilihat sebagai taktik Kerajaan Persekutuan untuk menuntut dividen lebih tinggi daripada Petronas.

Sehubungan itu, beliau mempertahankan sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak empat hingga 4.5 yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam belanjawan bayangan mereka.

"Sasaran kita realistik kerana pertahankan unjuran pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus sebagai usaha untuk mengekang bebanan hutang negara," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan