Ali Rustam Dianugerahkan Ijazah Kehormat MMU

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dianugerahkan Ijazah Kehormat (Pengurusan) oleh Universiti Multimedia sempena konvokesyen ke-12 universiti itu di sini, Isnin.

Anugerah itu disampaikan Canselor universiti tersebut iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mohd Ali yang menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 1999, berkata anugerah itu adalah penghormatan tertinggi kepadanya serta rakyat Melaka secara keseluruhannya.

"Ia juga menjadi penyuntik semangat untuk saya terus bekerja dan mentadbir Melaka dengan jayanya dan menjadikan negeri itu sebagai negeri bandar teknologi hijau menjelang 2020," katanya kepada pemberita.

Pada konvokesyen selama empat hari bermula Sabtu lepas, seramai 39 orang menerima Doktor Falsafah (PhD), 402 menerima Sarjana (Master), 2,676 menerima Ijazah Sarjana Muda dan 589 lagi menerima Diploma. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan