68 Penyokong PAS Padang Terap Sertai Umno

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Seramai 68 pemuda penyokong setia Pas Padang Terap di kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka dekat sini, menyertai Umno setelah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata beliau menyertai Umno kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan Pas sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.

"Saya sertai Umno disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada Ahad," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam Ahad.

Majlis penyerahan borang keanggotaan Umno diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim.

Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai Umno disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekaligus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar. Sementara itu Mahdzir berkata ini merupakan satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan Umno dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya kerajaan pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.

"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima Umno dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan