10.83 Peratus Murid Sekolah Rendah, Menengah Tercicir

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10.83 peratus keciciran murid di peringkat sekolah rendah dan menengah yang mengikuti sistem persekolahan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dicatatkan dari tahun 2006 hingga 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, bilangan keciciran pelajar sekolah menengah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 9.42 peratus berbanding sekolah rendah kira-kira 1.41 peratus.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak semua murid tersebut tercicir terus daripada mengikuti sistem persekolahan, sebaliknya sebahagian besar mereka meneruskan pelajaran di sekolah swasta, sekolah agama raktat, Sekolah Menengah Persendirian Cina, sekolah antarabangsa dan madrasah.

"Sekolah tersebut tidak berdaftar dan bukan di bawah kelolaan KPM. Pada Jun tahun lalu, kira-kira 140,000 murid di peringkat sekolah rendah dan menengah belajar di sekolah swasta.

"Jumlah itu tidak mengambil kira pendaftaran di sekolah rendah dan menengah agama negeri yang mempunyai 56,000 murid manakala lebih kurang 36,000 murid di sekolah agama rakyat," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang ingin mengetahui jumlah pelajar tercicir dalam tempoh lima tahun lalu.

Menurut beliau, jumlah keciciran itu turut disumbangkan oleh sebilangan kecil murid yang mengikuti persekolahan dari rumah atau mengikuti keluarga keluarga berhijrah ke luar negara.

"Namun, kita tidak nafikan memang terdapat murid dalam jumlah yang terlalu kecil meninggalkan dunia pendidikan serta-merta kerana tidak berminat terhadap pelajaran, masalah kesihatan dan memasuki alam pekerjaan," katanya.

Justeru, beliau berkata, KPM telah menguatkuasakan pendidikan wajib di peringkat sekolah yang mula dilaksanakan sejak 2003.

"Jika ada ibu bapa yang didapati tidak menghantar anak-anak ke sekolah, mereka akan dikenakan hukuman penjara. Kita tidak akan berkompromi dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Namun tiada sebarang sekatan undang-undang dikenakan terhadap kegagalan berbuat demikian di sekolah menengah," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dalam Bajet 2012 berhubung pemansuhan yuran di semua sekolah rendah dan menengah kerajaan yang merupakan satu langkah untuk mengatasi masalah keciciran.

"Kita turut menjalankan kajian berkaitan keciciran murid dalam sistem pendidikan negara untuk menyediakan data murid tercicir daripada sistem pendidikan yang dijangka siap pada akhir tahun hadapan," tambahnya.

Selain itu, katanya, Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC) juga ditubuhkan di peringkat sekolah, pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan KPM untuk membuat siasatan ke atas masalah keciciran murid ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan