Program Inap Desa Di Sabah Perlu Dimajukan Lagi

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Program Inap Desa di Sabah perlu dimajukan lagi berikutan kedatangan pelancong termasuk pelawat asing yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata selain itu penduduk juga perlu mengamalkan sikap lebih terbuka menerima kedatangan pelancong dari luar negara termasuk memberi layanan mesra sesuai dengan budaya kesopanan dan budi bahasa ketimuran.

Rakyat perlu memainkan peranan yang lebih menonjol untuk memajukan sektor pelancongan negeri terutama program inap desa selain mengekalkan tarikan pelancongan sedia ada, katanya.

Menurut perangkaan dari Januari hingga Julai lepas, sejumlah 1.42 juta pelancong melawat Sabah iaitu sebanyak 459,244 terdiri daripada pelancong asing manakala selebihnya pelawat tempatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Cabaran Kerjaya Kebangsaan ke-5, anjuran bersama Jobmarket Malaysia, Basis Holding Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor UMS Datuk Dr Kasim Mad Mansor.

Salleh berkata Malaysia kini menduduki tempat kesembilan dalam ranking dunia dan kedua di Asia Pasifik selepas China, berdasarkan bilangan pelancong antarabangsa yang melawat negara iaitu seramai 24.6 juta pelancong yang membelanjakan RM56.5 bilion pada tahun 2010 berbanding 23.6 juta pelancong yang berbelanja RM53.4 bilion pada tahun 2009.

Mengenai program Cabaran Kerjaya Kebangsaan itu, beliau yakin ia boleh membantu memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk mentransformasikan sektor pelancongan.

Pengerusi Basis Holding Sdn Bhd Tan Sri Abu Hassan Omar berkata sebanyak 72 peserta mewakili 18 pasukan dari 10 universiti dan kolej di seluruh negara menyertai program itu yang antara lain, bertujuan mendedahkan mereka kepada dunia keusahwanan khusus dalam bidang pelancongan, selain memantapkan lagi kualiti kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi.

Abu Hassan berkata Unversiti Malaysia Sarawak (UIMAS) dipilih menjadi tuan program Cabaran Kerjaya Kebangsaan ke-6 di Kuching tahun depan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan