Misteri Orang Bewah Sedang Dirungkai Pakar

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pakar tempatan bekerja keras untuk merungkai misteri 16,000 tahun Orang Bewah yang kini disimpan dikunci di Muzium Terengganu, di sini.

Dipercayai rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di negara ini, Orang Bewah diberikan layanan "lima bintang" oleh kerajaan negeri manakala 15 ahli arkeologi dan saintis berusaha setiap hari untuk membuka misterinya.

Sehingga kini, para penyelidik tempatan masih belum mengesahkan jantina Orang Bewah, yang ditemui dua tahun lalu dekat Gua Bewah berhampiran Tasik Kenyir.

Pengarah muzium, Yusof Abdullah berkata rangka itu masih disimpan di tempat penyimpanan yang berhawa dingin sepenuhnya dan dikawal dengan rapi setiap masa.

"Hanya kakitangan unit pemuliharaan dan ahli arkeologi yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan dibenarkan masuk ke kawasan ini kerana kami tidak mahu ia dicemari oleh bakteria atau unsur-unsur luar yang lain.

"Walaupun dengan langkah berjaga-jaga di dibuat, sisa tulang disimpan di dalam bekas kaca untuk mengekalkan keadaanya," katanya.

Yusof menambah bahawa rangka manusia zaman kuno tersebut merupakan khazanah negara yang tidak tidak ternilai.

Beliau berkata muzium itu juga mungkin akan mendapatkan kerjasama pakar-pakar dari Amerika Syarikat untuk membantu dalam kerja-kerja penyelidikan ke atas Orang Bewah.

"Kami berharap dapat membuat penemuan dalam penyelidikan kami menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya.

Rangka tersebut akan dikembalikan ke tempat asal di mana ia ditemui sebaik sahaja penyelidikan siap dilakukan, katanya.

"Kami berharap Orang Bewah akan dapat menarik pengunjung ke gua sekaligus rancangan untuk menjadikan Gua Bewah sebagai satu pusat pameran terapung menjadi kenyataan," katanya.

Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk membina pelbagai kemudahan di sekitar kawasan itu berikutan penemuan rangka mayat tersebut.

Yusof berkata usia rangka tersebut diketahui dengan bantuan pakar dari Amerika Syarikat (AS).

Rangka Orang Bewah merupakan rangka prasejarah yang kedua dijumpai di kawasan itu.

Penemuan pertama telah dibuat pada tahun 1976, juga di sekitar Gua Bewah.

Namun ianya dikatakan hanya berusia kira-kira 2,500 tahun.

Yusof berkata, ahli arkeolog juga membuat beberapa penemuan menarik di kawasan tersebut sejak beberapa tahun lalu, termasuk penemuan peralatan primitif yang digunakan semasa Zaman Batu seperti periuk dan kapak serta perkakas untuk makan.

"Kami percaya Gua Bewah memegang banyak khazanah penduduk semasa era Paleolitik dan Zaman Batu Pertengahan."

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan