Bekas Tahanan Singapura Gesa Pemansuhan ISA - Berita Semasa | mStar

Bekas Tahanan Singapura Gesa Pemansuhan ISA

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata Singapura patut memansuhkan undang-undang itu, sepertimana langkah Malaysia yang bercadang memansuhkan ISA di negara itu.

Francis Seow dan Tang Fong Har berkata demikian menerusi telepersidangan pada Sabtu pada forum awam mengenai ISA anjuran Parti Demokratik Singapura dan dihadiri kira-kira 150 orang, menurut laporan stesen televisyen tempatan "Channel NewsAsia".

Ini merupakan kali pertama penentang kerajaan yang kini dalam buangan berkomunikasi dengan penduduk Singapura secara terbuka.

Seow, 83, yang kini tinggal di Amerika Syarikat, telah ditahan pada 1988 selepas dituduh menerima dana daripada Amerika Syarikat untuk menjadi pembangkang yang lebih efektif di Parlimen.

Tang, yang dituduh menjadi anggota dalam konspirasi Marxist dan ditahan pada 1987, berkata undang-undang itu patut dimansuhkan tetapi bukan digantikan dengan yang lebih teruk.

Tang dan Seow mahu kembali ke Singapura. Dipercayai Seow masih warganegara Singapura mankala Tang telah melepaskan kewarganegaraannya pada 2003.

Malaysia telah mengumumkan ISA, undang-undang penahanan pencegahan, akan dimansuhkan pada Mac tahun depan selepas dua undang-undang baru bagi menggantikannya digubal. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan