Tuduhan Belanjawan 2012 Tidak Realisitik, Pembangkang Mati Akal Untuk Serang Kerajaan:PM

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa Belanjawan 2012 tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.

Beliau berkata Belanjawan 2012 yang dibentangkan semalam merupakan sesuatu yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.

"Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain, bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.

"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok di sini, Sabtu.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam bersama lebih 3,000 masyarakat setempat serta menyampaikan sumbangan Deepavali dan Hari Raya Aidil Adha kepada 600 penerima. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan