Skim Persaraan Swasta Galak Pekerja Swasta Mencarum

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan memperkenalkan Skim Persaraan Swasta (SPS) dijangka dapat menggalakkan lebih ramai pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri mencarum dengan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan skim SPS tersebut yang dikemukakan dalam Belanjawan 2012.

"Sebelum ini tidak ada insentif kepada pekerja swasta atau mereka yang bekerja sendiri. Jadi dengan adanya skim ini maka ia dapat menjamin mereka untuk mempunyai simpanan yang mencukupi selepas persaraan nanti," katanya kepada Bernama, Jumaat.

Beliau bagaimana pun khuatir sama ada majikan mahu membuat caruman majikan dalam skim SPS memandangkan ianya adalah pilihan dan secara sukarela.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Jafar Abd Majid mengalu-alukan pengenalan skim tersebut yang dilihat dapat memberi kepelbagaian insentif kepada pekerja sektor swasta.

Katanya, dengan pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam SPS dan anuiti insurans selama 10 tahun, ia adalah memadai untuk pencarum.

Dalam perbentangan Belanjawan 2012 di Parlimen pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan SPS yang meliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta yang diperkenalkan tahun lalu.

Di bawah skim tersebut, kerajaan telah mencadangkan pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam SPS dan anuiti insurans selama 10 tahun.

Dalam perkembangan lain, Presiden MEF Datuk Azman Shah Haron menyambut baik cadangan kerajaan memberi potongan cukai berganda untuk program menjalani latihan (internship) kerana ia menggalakkan lebih ramai majikan menyediakan tempat internship untuk mahasiswa.

Cadangan tersebut, katanya, sebaliknya meningkatkan kebolehpekerjaan golongan graduan.

Azman juga bangga bahawa kerajaan telah melanjutkan umur persaraan wajib pekerja awam daripada 58 kepada 60 tahun dan yakin langkah itu akan mendorong sektor swasta memikirkan soal umur persaraan pekerja swasta.

Sementara itu, KWSP turut menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2012 untuk menambahkan caruman majikan dari 12 kepada 13 peratus bagi pencarum yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata langkah itu dilihat sebagai positif kerana ia dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan pencarum berikutan kajian mendapati hampir 70 peratus pesara menghabiskan semua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara.

"Tambahan satu peratus caruman majikan akan membabitkan 5.3 juta pencarum dengan 93 peratus adalah ahli yang aktif," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan