Sistem SMS Bantu Jemaah Haji Diperkenal Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Badan pengurusan jemaah haji (Muasassah) Asia Tenggara memperkenalkan satu inisiatif terbaru menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tahun ini dalam usaha menawarkan lebih banyak bantuan kepada jemaah haji semasa berada di tanah suci.

Ketuanya Zuhir Abdul Hamid berkata di bawah inisiatif itu semua jemaah haji boleh menghantar SMS ke satu nombor yang diberikan khusus bagi mereka mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa sekiranya mereka tersesat atau memerlukan apa jua bantuan.

Beliau berkata selain itu jemaah yang ingin mendapatkan maklumat mengenai apa juga kemuskyilan yang timbul mengenai ibadah haji dan umrah juga boleh menggunakan perkhidmatan ini.

"Pertanyaan boleh dibuat dalam apa jua bahasa, InsyaAllah perkhidmatan ini juga menyediakan terjemahan kepada persoalanan yang diutarakan dalam bahasa Cina sekalipun," katanya pada persidangan media bersama Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman selepas Majlis Ta'aruf (suai kenal) Tabung Haji dan Muasassah Asia Tenggara di sini malam tadi.

Zuhir berkata inisiatif itu merupakan penambahbaikan berterusan yang diusahakan pihaknya dalam membantu jemaah mengerjakan ibadah haji dalam suasana lebih tenang dan selamat, agar mendapat haji yang mabrur.

Dalam perkembangan lain, katanya cabaran paling besar yang dihadapi Muasassah adalah pengendalian pergerakan jemaah haji semasa wukuf dalam masa yang terhad, dengan jumlah jemaah yang semakin meningkat pada setiap tahun.

"Jemaah haji dari Asia Tenggara dianggarkan hampir 300,000, dan jumlah ini kian meningkat. Anda boleh bayangkan cabaran yang kita hadapi dalam memindahkan jumlah jemaah yang ramai dari satu tempat ke satu tempat dalam masa yang tertentau dan terhad," kata beliau.

Sementara itu, Syed Salleh berkata semua jemaah haji Malaysia akan dimaklumkan mengenai perkhidmatan SMS itu sebaik sahaja mereka tiba di Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan