Sekolah Agama Di Sabah Harap Dapat Tempias Belanjawan 2012

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menetri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, diharap dapat dinikmati oleh sekolah-sekolah agama Islam di Sabah.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), Datuk Mohd Suhaili Said berkata ini kerana ada sekolah-sekolah agama di Sabah sama ada sekolah agama kerajaan negeri atau sekolah agama rakyat memerlukan bantuan bagi menaik taraf kemudahan asasnya demi keselesaan pelajar.

"Melalui Bajet yang bersifat komprehensif ini, kita berharap ia akan menjadi titik tolak kepada pembentukan suatu masyarakat baru melalui peluang-peluang pendidikan percuma untuk menjadikan negara kita sebuah negara berpendidikan dengan sumber manusianya yang hebat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai fahaman Ahli Sunnah Waljamaah, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sabah dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sabah, di sini, Sabtu.

Ketika membentangkan belanjawan itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan berjumlah RM100 juta untuk sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara.

Beliau berkata bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama di Sabah bukan sahaja akan memberikan suasana pembelajaran lebih selesa kepada pelajar tetapi juga dapat meringankan beban guru melalui bayaran gaji dan elaun.

Mengulas mengenai kaedah membendung penularan ajaran sesat di Sabah, Mohd Suhaili berkata perkara itu akan dibincangkan dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Jakim dan agensi berkaitan lain.

Katanya hasil perbincangan itu akan dikemukakan kepada pihak atasan bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil sama ada melalui pemulihan atau pengharaman terus jika perlu.

Beliau juga berkata pegawai-pegawai agama yang dilantik Jheains untuk memberi ceramah atau mengajar agama di masjid-masjid di negeri itu merupakan pegawai yang telah ditauliahkan untuk menjalankan tugas dakwah tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan