Reaksi: Tabung Haji Diarah Teliti Pengeluaran KWSP Untuk Pendaftaran Haji

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji diarah supaya meneliti kaedah pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum membuat pendaftaran awal untuk mengerjakan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Tabung Haji akan meneliti kaedah ituagar ia dapat dilaksanakan serta merta menjelang Januari depan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 di Parlimen hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah kerajaan untuk membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal bagi menunaikan ibadah haji menerusi penghadangan atau "ring-fencing" Akaun 2, bertujuan membuka lebih ruang kepada rakyat berpendapatan rendah menunaikan ibadah tersebut.

Sambil menyifatkan belanjawan itu sebagai 'belanjawan untuk kesejahteraan akhirat', Jamil Khir berkata menerusi kaedah itu, mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tabungan minimum RM1,300 boleh mendaftar awal dan mendapat giliran untuk menunaikan ibadat tersebut tanpa mendeposit di akaun Tabung Haji.

"Kaedah ini akan memudahkan mereka yang berpendapatan rendah terutama kakitangan kerajaan, kerana mereka tidak perlu menunggu simpanan mencukupi RM1,300. "Mereka yang memiliki potongan KWSP mencukupi RM1,300 boleh terus mendaftar dengan Tabung Haji untuk menunaikan ibadat haji dan simpanan dalam KWSP itu tidak akan dipotong," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

"Tabung Haji akan berurusan dengan KWSP dalam hal ini dan Januari nanti, rakyat boleh terus mendaftar giliran untuk menunaikan ibadat haji," katanya.

Ketika ini, mereka yang ingin mendaftar bagi menunaikan ibadat haji perlu mempunyai akaun Tabung Haji dengan baki simpanan tidak kurang RM1,300.

Jamil Khir juga berkata ketika ini, Tabung Haji mempunyai 5.7 juta pendeposit dengan lebih 733,000 telah mendaftar untuk menunaikan ibadat haji. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan