Polis KL Beri Jaminan Ambil Tindakan Ke Atas Anggota Langgar SOP

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggotanya jika didapati anggota itu bersalah melakukan lontaran bom asap di kawasan Hospital Bersalin Cina (CMH), Jalan Pudu ketika bertugas menyuraikan perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata anggota yang telah dikenal pasti itu berpangkat koperal.

Namun beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar garis panduan operasi polis (SOP) semasa melaksanakan tugas.

"Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cegah Jenayah Bersama Polis KL dan Yayasan Cegah Jenayah di Institut Latihan Perindustrian di sini, Sabtu.

Beliau berkata setiap anggota polis yang didapati melanggar peraturan SOP semasa melaksanakan tugas perlu diberikan ruang dan peluang untuk membela diri sebelum sebarang tindakan disiplin atau undang-undang diambil ke atas mereka.

"Buat masa ini anggota itu masih lagi bertugas dan kita telah beri dia peluang untuk bela diri serta minta dia berikan alasan atas dakwaan itu dan mengapa dia berbuat demikian (sekiranya perkara itu berlaku)...so far kita belum terima apa-apa maklum balas daripada anggota berkenaan," katanya.

Pada 4 Oktober lepas, laporan Jawatankuasa Siasatan Dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan insiden lontaran bom asap berlaku di kawasan CMH dan bukannya di Hospital Tung Shin (HTS) seperti yang dilaporkan sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan