Penjawat Awam Sarawak Bakal Nikmati Faedah Sama Diterima Penjawat Awam Persekutuan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Penjawat awam yang berkhidmat di jabatan dan agensi kerajaan negeri bakal menikmati faedah yang sama dengan penjawat awam persekutuan iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, kenaikan gaji dan pemberian bonus.

Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, bagaimanapun bagi kakitangan yang bertugas dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri, ia bergantung kepada kemampuan kewangan serta peraturan GLC itu sendiri.

"Ini adalah keputusan kerajaan persekutuan dan selalunya kerajaan negeri akan ikut sama laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan kedai roti dan kek, Bakers Talk, di Giant Hypermarket Tabuan Jaya di sini Sabtu.

Kini terdapat 16,665 penjawat awam negeri berkhidmat di pelbagai jabatan dan agensi di Sarawak.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak berkata, bagi pencen walaupun penjawat awam tersebut berkhidmat dengan kerajaan negeri, perkara berkaitan dengan persaraan dan pembayaran pencen masih di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Beliau berkata bakal pesara atau pesara perkhidmatan kerajaan negeri akan termaktub dengan segala perubahan polisi pencen sedia ada termasuk kenaikan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun dan kenaikan pencen tahunan dua peratus setahun mulai 2013.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam persekutuan dengan kenaikan gaji tahunan ditingkatkan antara RM80 dan RM320 mengikut gred mulai tahun depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan juga mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan yang dibayar bersama dengan gaji pada Disember ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam menyambut baik Belanjawan 2012 yang memperuntukkan jumlah peruntukan yang tinggi kepada pembangunan luar bandar sekaligus dapat membantu mencapai sasaran kerajaan untuk menyalurkan bekalan air bersih dan eletrik kepada 90 peratus populasi penduduk luar bandar di negeri ini.

Kerajaan persekutuan akan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion bagi membangunkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara lebih komprehensif pada tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan