Penjawat Awam Perlu Tingkatkan Produktiviti

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penjawat awam di negara ini yang berjumlah 1.3 juta orang dapat meningkatkan produktiviti, prestasi kerja dan disiplin berikutan beberapa insentif yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2012 semalam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam harus bersiap sedia untuk menambah baik perkhidmatan awam di negara ini.

Katanya Cuepacs mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan beberapa insentif kepada penjawat awam pada pembentangan Belanjawan 2012 di Parlimen semalam.

"Ini adalah satu lagi kejutan yang diberi oleh kerajaan untuk penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Pegawai Eksekutif (Kepak) di sini, Sabtu.

Omar berkata Cuepacs menyanjung tinggi pengumuman itu kerana 80 peratus permohonannya diluluskan oleh kerajaan.

Beliau berkata antaranya ialah pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, had umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan kenaikan gaji tahunan yang lebih baik.

"Had umur persaraan yang diluluskan itu adalah selari dengan yang diamalkan oleh penjawat-penjawat awam di negara-negara Asean," katanya.

Katanya penjawat awam seharusnya mengubah sikap dan tidak harus berada di takuk lama untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan