Malaysia Mampu Bertahan, Disokong Oleh Belanjawan 2012:MIDF

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mampu bertahan mengharungi cabaran yang berpunca daripada kelembapan permintaan luar, disokong oleh barisan insentif dan inisiatif dalam Belanjawan 2012, kata Pengarah Urusan Malaysian Industrial Development Finance Bhd Group Datuk Mohd Najib Abdullah pada Jumaat.

"Kita memasuki tempoh yang paling mencabar sejak krisis kewangan dunia, ditengah-tengah turun naik pasaran aset kewangan yang tinggi. Belanjawan 2012 merupakan penyokong langkah-langkah penstabilan yang diperlukan untuk mengharungi badai," katanya dalam satu kenyataan.

Unjuran keluaran dalam negara kasar tahun depan antara lima dan enam peratus, katanya mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap aktiviti ekonomi Malaysia.

Sementara itu Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow berkata pelbagai langkah dan insentif yang diumumkan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana, akan menyokong dan mengukuhkan pertumbuhan sektor itu.

Dalam kenyataan berasingan, kumpulan perbankan itu juga menyambut baik cadangan kerajaan untuk menyemak semula cukai keuntungan ke atas harta tanah bagi pelupusan hartanah kerana ia dapat mengelak aktiviti spekulasi hartanah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan