Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Mekah

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Kumpulan pertama 441 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah kira-kira pukul 1.30 pagi ini (6.30 pagi waktu Malaysia), sembilan hari selepas melaksanakan ibadah ziarah di Madinah.

Ketibaan mereka di Hotel Abraj Al-janadiriah disambut oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, Timbalannya Tengku Aziz Raja Abdullah serta pegawai-pegawai dari Muasassah Asia Tenggara.

Semua 193 jemaah lelaki dan 248 jemaah wanita yang merupakan kumpulan yang tiba ke Madinah dengan penerbangan pertama pada 29 Sept lepas, jelas keletihan selepas mengharungi perjalanan dengan bas selama kira-kira tujuh jam untuk sampai ke sini.

Selepas berehat beberapa jam, mereka dibawa untuk melakukan tawaf dan saie umrah.

Antara jemaah yang tiba di sini pagi ini ialah Ibrahim Abdul Hamid, 73, dari Seremban yang dibantu, ditolak dengan kerusi roda oleh petugas Tabung Haji Perubatan.

Beliau yang mengalami keretakan tulang di bahagian pergelangan tangan dan menerima lima jahitan di bahagian kening kanannya akibat terjatuh semasa berada di hotel penginapannya beberapa hari selepas tiba di Madinah, amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan Tabung Haji.

Katanya balutan tangannya itu akan hanya dibuka apabila beliau kembali ke tanah air nanti, dan semasa berada di sini bersama isterinya, beliau pasti masih memerlukan bantuan Tabung Haji untuk menyempurnakan ibadah hajinya.

Sementara itu seorang lagi jemaah yang ditemui, Daim Bahari, 70, peneroka dari Felda Utara Trolak, Perak, berkata, beliau amat bersyukur kerana diberi peluang menyempurnakan hasrat untuk bersolat 40 waktu di Masjid Al-Nabawi, Madinah.

Katanya beliau menunggu selama kira-kira tujuh tahun untuk menunaikan ibadah haji, dan kini dengan bantuan Tabung Haji hasratnya untuk beribadah di tanah suci akhirnya tercapai. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan